Semalam kami sekeluarga ke The Entrance. Saya sangat seronok sebab kat sana saya dapat main air di vera Water garden, dapat main playground, dapat naik train dan dapat makan macam- macam makanan. Mama bawak nasi goreng kampung dan sambal sotong. Seperti biasa, memang licin.
Selain itu saya dapat tengok Pelican dari dekat dan masa show bagi pelican makan, rupanya pelican tu diberi makan ikan. Yang peliknya kawasan beach kat sini sangat cetek hanya paras lutut orang dewasa. Malah dari seberang sini ke seberang sana hanya direntas dengan berjalan kali sahaja tak perlukan bot.
Semalam ayah belikan satu beg mainan untuk saya. Dalam tu ada princess's pillow, gelang, sticker, tanah liat, colourful glue, patung tiger dan macam2 lagi. Saya sangat suka. Kami sampai di rumah pada pukul 7 malam.
Nilah gambar2 saya semalam....
Sunday, April 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
cantik bj amna yg gambo ngan adik apis tu..suke m.ngah tgk..
Cantik ae mak ngah. Ayah belikan sehari sblm gi sini. Amna beria nak baju gaun konon2 nak mcm princess. :D
Post a Comment