Nur Amna Nafisa

Nur Amna Nafisa
Budak comey yang suka menonton Dora The Explorer dan suka bermain computer. Semoga menjadi insan cemerlang.

Tuesday, April 27, 2010

Bekas makanan n minuman Dora

Erm, saya dah guna pun. Amacam cantik tak???


Pada hari Sabtu lepas, ketika ayah dan mama mencari hadiah untuk Naufal dan Nurin, saya terjumpa bekas makanan dan minuman Dora The Explorer. Saya sangat tertarik dengan bekas tersebut yang bewarna pink iaitu warna kesukaan saya.

Saya terus ambil dan tunjuk kepada mama dan ayah meminta mereka untuk membelikannya untuk saya. Syukur sangat2 sebab ayah dan mama belikan. Tima kasih ayah dan mama. Nampaknya bolehlah saya guna bekas ni untuk bawa bekal ke sekolah next year.

Sampai rumah, biasalah adik Hafiz turut berebut nak juga bekas makanan yang sama. Nampaknya lepas ni, ayah dan mama kena belikan pula untuk Hafiz. Ingat ye ayah, masukkan dalam budget. Hihi...

Saya tumpang gembira bila sejak akhir2 ni adik Hafiz dah dapat cakap banyak perkataan. Perkataan yang sering Hafiz sebut adalah ayah, mama, Amna, hello, nenek, nak, dah, ada, takde, no-no-no, oh-oh, ball, minum, yes dan Hafiz pun dah pandai sebut namanya sendiri "Hafiz". Amat membanggakan Hafiz sebut dengan jelas dan tak pelat langsung. Huh...cayalah Hafiz.

Mintak2 lepas ni lagi banyak perkataan yang Hafiz pandai. Bolehlah lawan cakap ngan saya. Hihi...

No comments:

Post a Comment