Nur Amna Nafisa

Nur Amna Nafisa
Budak comey yang suka menonton Dora The Explorer dan suka bermain computer. Semoga menjadi insan cemerlang.

Monday, November 15, 2010

amna di ioi....

amna naik elephant


amna naik horse....

Saturday, October 30, 2010

Amna 1st try...


" amna try upload picture chipmunk "


Ok, kalo nak tahu, gambar dan tulisan di bawah gambar ditaip oleh Amna. Dia teringin sgt nak update blog dia sendiri. Jadi, mama Amna tulis kat kertas, amna cari huruf di laptop dan taip sendiri. Permulaan yg baik sbb dpt juga Amna mengenal huruf sambil mengeja. Hihi...ayat2 simple dulu.

Amna dan buku barunya



Lama tak update blog kakak Amna. Tak lama lagi bolehlah kakak update blog sendiri...sbb kakak akan pergi school next year. Now, Amna memang dah kenal huruf dan nombor cuma masih belum pandai membunyikan je lagi.

Hopefully lepas pergi school, Amna cepat tangkap apa yg teacher ajar kat class.

Smlm, kami ke Target untuk cari beg Hafiz tapi oleh kerana tak byk pilihan ayah tak jadi beli beg Hafiz kat Target. cuma beli kat kedai cina je. Dgn harga aud5 tapi boleh dapat beg yang cantik. Kat Target pulak ayah belikan Hafiz dan Amna buku mewarna. Buku2 ni cuma berharga aud1 je setiap satu....murah kan... hihi...

Jom tengok buku yg ayah belikan untuk Amna dan Hafiz semalam...

Buku ni kena colour guna chalk, tp tak best sgtlah sebab colournya tak berapa nampak.

Ini buku kedua untuk kakak Amna.

Malam tadi, kakak sempat colour dua gambar

Dan lagi...

Ini plak buku Roary untuk Hafiz...yeahh...

Ini buku kedua untuk Hafiz. Buku mewarna juga, ada Roary dah toy's story...

Tuesday, April 27, 2010

Bekas makanan n minuman Dora

Erm, saya dah guna pun. Amacam cantik tak???


Pada hari Sabtu lepas, ketika ayah dan mama mencari hadiah untuk Naufal dan Nurin, saya terjumpa bekas makanan dan minuman Dora The Explorer. Saya sangat tertarik dengan bekas tersebut yang bewarna pink iaitu warna kesukaan saya.

Saya terus ambil dan tunjuk kepada mama dan ayah meminta mereka untuk membelikannya untuk saya. Syukur sangat2 sebab ayah dan mama belikan. Tima kasih ayah dan mama. Nampaknya bolehlah saya guna bekas ni untuk bawa bekal ke sekolah next year.

Sampai rumah, biasalah adik Hafiz turut berebut nak juga bekas makanan yang sama. Nampaknya lepas ni, ayah dan mama kena belikan pula untuk Hafiz. Ingat ye ayah, masukkan dalam budget. Hihi...

Saya tumpang gembira bila sejak akhir2 ni adik Hafiz dah dapat cakap banyak perkataan. Perkataan yang sering Hafiz sebut adalah ayah, mama, Amna, hello, nenek, nak, dah, ada, takde, no-no-no, oh-oh, ball, minum, yes dan Hafiz pun dah pandai sebut namanya sendiri "Hafiz". Amat membanggakan Hafiz sebut dengan jelas dan tak pelat langsung. Huh...cayalah Hafiz.

Mintak2 lepas ni lagi banyak perkataan yang Hafiz pandai. Bolehlah lawan cakap ngan saya. Hihi...

Monday, April 19, 2010

Kiddie scooter dan mainan

Hari ni mama n ayah ajak kami ke zoo (Featherdale Wildlife Park) sambil ambik mainan saya yg ayah beli kat E-bay. Suprise betul dan seronok dapat pergi zoo sebab mama tak cakap plak nak ajak saya n adik Hafiz pergi zoo. Mama baru cakap pagi tadi. Nak tengok gambar kat zoo ada kat blog mama n ayah ae...

Saya memang suka pergi zoo sebab kat sana banyak dapat tengok binatang. Saya tak sabar nak tengok Crocodile tapi tak nampak sangat sebab dia kat dalam air. Pastu ada seekor jek. Kalo kat zoo Malaysia punyalah banyak boleh tengok. Sini, nak tengok seekor pun susah. Huhu...


Balik dari zoo, saya tak sabar nak tengok mainan saya. Selain dari scooter, ada juga pelbagai story book dan mainan lain, patung minnie, bear, duck pun ada.


Antara story book yang ayah beli tadi. Banyak tak??? Buku Piggie pun ada daa...


Nilah patung2 yang dapat tadi. Yang donkey tuh boleh berjalan dan boleh bercakap tau...patung piggie pun ada. Yuckkk, uwekkk....hikhik.....



Inilah scooter idaman saya tuh...dapat juga akhirnya...sayang ayah ngan mama....


Adik Hafiz tgh khusyuk main car. Car ni ada bunyi ambulan. Tekan nanti bunyi tu kuar pastu dia boleh jalan sendiri.


Amacam banyak tak??? Saya n adik Hafiz betul2 suka. Tq ayah n mama...

Tuesday, April 13, 2010

Cinderella


Ahad lepas ayah belikan saya story book, kisah Cinderella. Sebenarnya ayah suruh pilih nak beli coloring book or story book. Sebab dah banyak buku yang colour2, so saya pilih story booklah. Saya suka sangat buku ni walaupun saya belum pandai baca tapi saya dah mintak mama bacakan untuk saya. Dah banyak kali juga mama bacakan untuk saya terutama bila time nak tido.

Tak sabar betul nak pegi rumah mak ngah kat Melben sebab mak ngah dah belikan banyak story book untuk saya. Thank you mak ngah, love u....Nanti gi sana nak suh mama belikan lagik. Sini buku2 mahal, jadi sekali sekala je mama or ayah belikan untuk saya. Tapi takpelah, nanti kalau saya dah pandai baca, saya mintak mama belikan banyak2 untuk saya. Tak sabar pulak nak pegi school next year. Kalau kat Malaysia, mesti mama dah sekolahkan saya. Ehmm...takpelah, nak buat camne...

Oklah, dah kul 11.30 pm ni. Saya nak tido dulu. Tunggu next post ae.
Saya nak citer pasal something saya tengok kat katalog K-Mart tadi. Nak mintak ayah belikan untuk saya.

Bye bye...



Saturday, April 10, 2010

Makan Sushi

Hari ni macam biasa kalau hari Sabtu mesti pergi Woolworth kat Marrickville Metro. Oleh kerana semalam saya nampak cara2 buat sushi kat tv, saya terus mintak mama belikan hari ni.

Puas betul dapat makan sushi setelah lama tak makan, berbulan jugaklah. Sushi kat sini kan mahal, kalau satu pek tu dah Aud 10. Adik Hafiz pun suka makan. Tapi sorry tak ambik gambar.

Baliknya pula, ayah singgah Mc Donald. Sepatutnya kami makan kat sana tapi sebab semua orang tidur dalam kete termasuk mama, ayah kenalah tapau je makan kat rumah. Tapi sebab dah makan sushi, burger yang sorang satu tu pun tak habis. Semua makan separuh je, tapi takpelah cuba makan lagi malam ni.

Mama janji nak masukkan gambar Amna masa baby kat dlm ni. Mana ni mama? Slide yang mama buat pun tak siap2 lagi. Huhu...nak buat camne mama saya kan bz. Hihi....


Sunday, April 4, 2010

Trip to The Entrance

Semalam kami sekeluarga ke The Entrance. Saya sangat seronok sebab kat sana saya dapat main air di vera Water garden, dapat main playground, dapat naik train dan dapat makan macam- macam makanan. Mama bawak nasi goreng kampung dan sambal sotong. Seperti biasa, memang licin.

Selain itu saya dapat tengok Pelican dari dekat dan masa show bagi pelican makan, rupanya pelican tu diberi makan ikan. Yang peliknya kawasan beach kat sini sangat cetek hanya paras lutut orang dewasa. Malah dari seberang sini ke seberang sana hanya direntas dengan berjalan kali sahaja tak perlukan bot.

Semalam ayah belikan satu beg mainan untuk saya. Dalam tu ada princess's pillow, gelang, sticker, tanah liat, colourful glue, patung tiger dan macam2 lagi. Saya sangat suka. Kami sampai di rumah pada pukul 7 malam.

Nilah gambar2 saya semalam....


Nilah Pelican.......


Adik saya, hafiz masa nak main gelongsor


Saya dok dalam flower...air ni sejuk sangat....


Nilah gambar kokubara........


Saya ngan adik Hafiz nak kejar bird. Banyak sangat bird kat sini...suka tengok...


Cantikkan... Vera Water Garden ni.........

Friday, April 2, 2010

Latar belakang Nur Amna Nafisa

Nama saya Nur Amna Nafisa Binti Herman. Saya lahir pada 8hb Disember 2005. Saya berumur 4 tahun. Walaupun saya belum pandai membaca dan menulis mama saya dah mengcreatekan blog untuk saya. Mudah2han dengan adanya blog ini, dapatlah saya meluaskan ilmu pengetahuan saya dalam proses pembelajaran mengenal huruf dan dapat menunjukkan kekreatifan saya.

Saya sangat suka bermain dengan laptop. Sebenarnya, ni laptop ayah saya tapi ayah dah berikan kepada saya untuk saya main game dan mencuba2 apa2 berkaitan dengan laptop. Hihi....

Setakat ni, saya sangat suka main game Zwinky dan Facebook. Saya akan login FB mama dan akan buka game dari situ. Walaupun saya belum pandai membaca tapi saya dah bole capai level 3. Amacam? hebat tak saya? Selain itu, saya juga sangat suka menggunakan Yahoo Messenger.Saya suka kacau ayah, mama dan makngah saya. Haha...
Saya juga dah pandai send email, mama yang ajar. Saya dah boleh send ke mak usu saya kat Malaysia.

Kalau cerita kartun pula sekarang saya suka tengok Dora The Explorer. Dari situlah saya banyak belajar. Saya dah faham banyak perkataan Bahasa Inggeris. Ayah yang akan downloadkan untuk saya. Saya juga suka tengok citer IceAge1 ~3, Mickey mouse, Barney, Lion King dan Akademi Fantasia. Sekarang kan demam AF. Kawan2 kat luar sana tengok tak?

Oklah hari pun dah malam. Saya nak tido ni. Nanti saya akan download gambar2 saya masa saya baby sampailah sekarang. Jumpa di entry berikutnya ya....Bye2