Nur Amna Nafisa

Nur Amna Nafisa
Budak comey yang suka menonton Dora The Explorer dan suka bermain computer. Semoga menjadi insan cemerlang.

Saturday, March 31, 2012

Oh Laksa Johor....



Assalamualaikum w.b.t

Hari ni adalah Daylight saving time, so masa di sini dicepatkan 1 jam... jadi beza masa dengan Malaysia sekarang hanya 2 jam sahaja. Siap2 sembahyang Subuh pagi tadi tak boleh lelapkan mata pulak...so, terus gi dapur buat sarapan. Sarapan hari ni adalah Laksa Johor.

Dah banyak kali juga buat sebenarnya...ni dah masuk 5 kali gaknya. Tapi, laksa Johor ni memang sedaplah, sesuai dengan citerasa kami....bukan sebab kami orang Johor, tapi sebab ia memang sedap...hihi.. Rasanya tak masam sangat, takde rasa hanyir ikan dan tak cair sangat sebab ada menggunakan santan.

Untuk sesiapa yang nak cuba, dipersilakan. Saya buat guna tuna dalam tin je...hikhik, tapi kalau ikut betul2 resipi ni...InsyaAllah masih sedap lagi. Terima kasih buat tuan punya resipi di Myresipi - Freeda 3210

Kalau ikut resipi ni utk makan sehingga 12 orang, so kalau keluarga kecil bolehla dikurangkan sukatannya. Macam saya buat sarapan pagi ni hanya guna satu tin tuna sahaja. Itu pun masih ada lebih.

Ok, Selamat mencuba

Bahan hiasan, tauge je takde...huh...bolehla...


Laksa Johor...yum2...:)


Bahan-bahan ( 12-15 orang )

  • 1 paket sphagetti (direbus dengan air dan 1 sudu besar minyak sehingga lembut)
  • **Bahan A - (direbus dan dimesin - asingkan) **
  • Ikan kembong + ikan parang - 1 kilo (ikan parang optional)
  • udang basah 100gm
  • isi ikan kurau - 10 gram dibakar
  • 1 1/2 paket kecil udang kering 50gm
  • **Bahan B (dimesin)**
  • bawang besar - 3 biji
  • cili kering - 15 tangkai
  • halia - 2 ibu jari
  • lengkuas - 2 ibu jari & kunyit hidup - 2 ibu jari
  • serai - 2 batang diketuk untuk tumis
  • asam keping - 2 keping (masuk dlm kuah)
  • santan pekat 1 kotak / lebih
  • 1 paket kerisik
  • 1 paket kecil rempah kari
  • bawang putih -3/4 ulas
  • **Bahan Hias**
  • limau kasturi belah 2 dan buang biji
  • timun di racik halus
  • tauge buang ekor (segar)
  • jeruk chaipo (dihiris kasar / yang sudah siap cincang dalam paket)
  • bawang besar hiris halus
  • lada merah/lada hijau dihiris
  • Daun kesum / daun selasih (utk hiasan) dan sedikit bunga kantan diracik halus (daun kesum & bunga kantan dimasuk juga dalam kuah)
  • Kicap kipas udang / kicap manis

2 comments:

DiLLaiLa said...

uik..baru perasan..awat update kat sini?kalo xdah lame boley try..

Nazariah said...

Ila, akak dah update kat blog
the same date dgn yg ni, tanpa disedari akak terupdate kat sini...then, terlupa nak delete...

Post a Comment